Penawar Gout & Sakit Lutut
Insya-Allah berkesan terutamanya untuk:
Gout
Sakit lutut
Sakit Sendi
Lenguh Badan
Saya mula kena gout pada tahun 2004. Semasa itu saya menyertai Kejohanan Memanah Terbuka TLDM di Lumut. Pergi bersama keluarga dan seorang jurulatih.
Semasa memulakan pertandingan, kaki saya terasa amat sakit. balik ke hotel, saya lihat kaki saya telah berwarna kemerah-merahan dan seakan-akan sedikit membengkak. Tanpa syak apa-apa melainkan kemungkinan salah urat atau disebabkan lama berdiri, sayapun minta isteri saya urutkan.
Malangnya semakin diurut semakin sakit, semakin membengkak. Saya menghabiskan baki kejohanan dalam kesakitan yang amat sangat.
Apabila pergi ke klinik selepas itu, doktor memberitahu kemungkinan besar sakit kaki saya adalah disebabkan gout. Namun saya masih tidak percaya. Tetapi selepas kena serangan serupa beberapa kali, akhirnya saya mengalah. Memang gout!
Masalah dengan gout ini, kita terpaksa menjaga pemakanan. Saya ini memang jaga makan... Jaga sahaja, saya makan. Bila tidur, barulah tak makan.
Walaupun selalu beringat, dan diingatkan (oleh isteri tercinta), kadang kala tersasar juga dalam bab jaga makan ini. Terutama bila 'out station'. Makanan di hotel canggih-canggih belaka. Kacang merah masa sarapan itu, walaupun tahu ianya pantang nombor satu untuk gout saya, kadang-kadang ambil juga.
Bila kena, barulah menyesal. Tampung kesakitan dengan ubat; allopurinol, colchicine, ubat tahan sakit, dan ada kalanya kena cucuk, jab. Kalau teruk sangat, kenalah ambil cuti sakit...
Saya bertemu dengan Makjun Taufiq 2 Istimewa (MT2I) ini secara kebetulan sebenarnya, melalui Bos lama saya.
Dalam suatu urusan keluar stesen di Perlis, beliau bertemu rakan lamanya. Lantas merekapun pergi makan di sebuah restoran. Kebetulan kawan bos saya ini, terserempak dengan rakan lamanya seorang lagi.
Dia terkejut. Kawannya ini dahulunya tekenal dengan gout tahap 4 bintang, amat serius. Tapi kali ini, beliau makan tanpa pantang langsung. Maka salinglah bercerita.
Cerita kawan kepada kawan bos saya yang bekas kelab gout ini, dia sebenarnya telah mencuba pelbagai ubat dan rawatan. Daripada yang murah, hinggalah kepada ubat yang peling mahal. Namun tidak juga ditaqdirkan sembuh.
Suatu hari beliau telah dicadangkan mencuba MT2I. Mula-mula tak percaya juga. Yalah, namapun makjun, hargapun macam harga kampung-kampung gitu... Tapi tak ada salahnya mencuba. Yang menyembuhkanpun, hakikatnya adalah Allah. Ubat hanya sebagai asbab sahaja. Cuma usaha tetap kena usaha, selepas itu barulah tawakal dan doa.
Alhamdulillah! Ditaqdirkan MT2I itu serasi dengan beliau. Sembuh beliau hinggalah sekarang. Dah boleh makan macam-macam sama seperti dahulu.
Baiknya x-Bos saya ini (dan itulah sebabnya sampai sekarang kami amat-amat rapat), dia terus teringat anak buahnya yang sering menyeret kaki ke pejabat akibat gout. Selesai makan, Bos dan kawannya, terus ke kedai tempat menjual MT2I itu. Beli 2 botol. Esoknya di pejabat dia hulur pada saya. Suruh cuba.
Alhamdulillah, taqdir Allah, saya mula sembuh. Tidak sepenuhnya. Kadang-kadang masih macam nak kena serang juga, walaupun terlalu jarang-jarang (macam Nujum Pak Belalang punya teki-teki mengenai orang kahwin empat tu..). Lalu saya akan telan satu atau dua biji. Kalau tak sakit, saya tak makan.
Yang pentingnya, saya tidak lagi bergantung kepada ubat kimia hospital. Tak perlu jab lagi.
Dengan sokongan keluarga, terutamanya isteri saya, saya cuba untuk mengawal pemakanan saya, terutamanya daripada segi kuantiti.
Saya juga mengurangkan pengambilan makanan berasaskan kekacang, kerana saya dapati kekacang cepat menaikkan kadar asid uric dalam badan, menyebabkan gout. Ada orang pantang seafood, daging merah dll..
Saya juga cuba istiqamah untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit. Di belakang rumah ada trek jogging yang cantik. Kalau tak sempat, saya ganti dengan menunggang basikal senaman dalam rumah.
Insya-Allah, semua usaha itu menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik. Setakat 2010 dan 2011 ini, rasanya saya belum pernah mohon cuti sakit akibat gout. Alhamdulillah.
Membantu Sanak-Saudara, Jiran-Tetangga, Rakan-Taulan
Rupa-rupanya, ramai orang-orang di sekelilling saya yang menganggotai kelab gout ini.. Di pejabat, di surau, jiran sekeliling rumah, sanak saudara.
Jadi, mengambil semangat bos lama saya yang membawa pulang makjun ini jauh dari utara, sayapun menyimpan sedikit stok untuk sanak-saudara, jiran-tetangga dan rakan-rakan, sama ada di pejabat, mahupun di luar.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, ada yang serangan goutnya semakin berkurangan. Dalam masa yang sama ada juga yang tiada perubahan. Seorang rakan pejabat saya, beliau alah pada pelbagai jenis ubat, sama ada ubat hospital mahupun tradisional, jadi beliau amat berhati-hati dalam mengambil sebarang ubat-ubatan. MT2I inipun dia tak berani cuba. Terpulanglah.
Kemudahan internet sekarang sudah semakin canggih. Niat saya, semoga saya boleh membantu ramai ahli kelab gout di luar sana, yang saya sendiri pernah rasai kesakitan dan keperitannya. Masa itu, kalau tempat gout itu kena hujung kain pelikatpun, dah hampir meleleh air mata, sakitnya!!
Walau bagaimanapun, yang penting, aqidah kita mesti betul. Yang menyembuhkan adalah Allah. Jumpa doktor, makan ubat, ambil rawatan, makanan kesihatan, semuanya itu adalah sebahagian usaha, yang merupakan asbab kepada kesembuhan yang dikurniakan Allah itu.
Usaha, doa, tawakal. Insya-Allah.
Kita usaha, Allah tentukan...
Diceritakan Nabi Musa A.S mengalami sakit perut. Baginda A.S. pun berdoa kepada Allah agar sihat semula. Lalu Allah mewahyukan agar Baginda mengambil pucuk sejenis tumbuhan, direbus dan diminum airnya.
Bagindapun melakukan seperti mana yang diwahyukan kepada Baginda. Alhamdulillah sakit perutnya sembuh.
Suatu ketika, Baginda A.S. sakit perut sekali lagi. Lantas Baginda terus mencari pucuk tumbuhan yang sama, lalu diterus dan diminum airnya. Malangnya sakitnya semakit teruk.
Maka Nabi Musa A.S. mengadu kepada Allah S.W.T. Allah menurunkan wahyu: Dahulu engkau meminta kesembuhan daripada-Ku, maka Aku perkenankan permohonanmu. Kali ini engkau meminta kesembuhan dari pucuk itu, adakah ia berupaya menyembuhkanmu?
Nabi Musa A.S. tersedar akan kesilapannya, lalu memohon ampun daripada Allah S.W.T.
-kisah ini saya dengar semasa satu rombongan kumpulan dakwah menyampaikan ta'lim kepada para jemaah surau di tempat saya
|
|
Kandungan Makjun
Tumbuhan dan akar-akar kayu terpilih yang terdiri daripada:
Cengkih 30%, Mustaka 10%, Siti Halia 10%, Rempah-ratus Perubatan Tradisional 30%, Madu Lebah 10%, Akar Kayu Patah Tehloh 10% Harga
40 biji - RM25 (Semenanjung Malaysia)
40 biji - RM30 (Sabah, Sarawak, Labuan) Kaedah Penghantaran
COD : Sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Dengkil Pos Laju : 1-3 botol = + RM5 / Parcel 4 botol ke atas = kos penghantaran PERCUMA! (tiada had belian minimum, satu botolpun boleh...) Kaedah Pembayaran
Masukkan bayaran ke akaun Maybank 162012601736 Nor Azam bin Abdullah. Kalau dari bank lain pun tak ada masalah, boleh guna kemudahan interbank giro transfer.
Emelkan bukti pembayaran/transfer ke azraihan2@gmail.com dengan menyertakan maklumat berikut: a. nama b. no tel untuk dihubungi c. alamat untuk penghantaran d. bukti pembayaran (slip bank) e. tempat cadangan untuk bertemu untuk COD (kawasan Putrajaya, Kajang, Bangi, Dengkil dan kawasan sekitarnya) f. kuantiti diperlukan Setelah bukti pembayaran diterima, proses penghantaran akan dimulakan. Berkaitan urusan PosLaju, saya akan sms nombor jejak bungkusan kepada anda supaya anda boleh menjejak di manakah bungkusan ubat anda secara online, insya-Allah. |
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Itulah yang sebenarnya.
Jom Kita.....
....jaga pemakanan kita. Makan yang halalan tayyiban sahaja. Jangan berlebihan.
....bersenam sekurang-kurangnya selama 20 minit 3 kali seminggu.
....kawal berat badan. (Saya sendiri sedang berusaha ke arah ini)
....elakkan rokok, termasuk asapnya.
Serta lain-lain yang dinasihatkan oleh pakar.